Friday, April 3, 2009

Sedarlah saudaraku dalam PAS...


Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang cukup besar menyesatkan umat Islam di Malaysia dan sanggup mengadaikan maruah agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan politik mereka. Kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam. PAS berbangga dengan konsep perjuangan dengan menggunakan nama Islam. Apabila mereka menang, mereka bangga dengan kemenangan dan tiada lagi kritikan yang diberikan kepada SPR. Jika mereka kalah, mereka menyalahkan kerajaan dan SPR. Inilah yang dapat disimpulkan kepada PAS berdasarkan beberapa siri pilihanraya kecil atau umum.

1. JIKA MENANG, SPR betul tetapi JIKA KALAH, SPR salah. ‘Pengundi hantu’ menjadi alasan hantu-hantu PAS, PKR dan DAP.

2. Bagi PAS yang benar hanyalah PAS dan pembangkang. ALLAH hanya menerima PAS sahaja dan ahli PAS dan pemimpin PAS bakal ditempatkan di syurga. Bunyi semacam ajaran dari ‘Ayah Pin’.

3. Imam-imam yang dilantik kerajaan akan dipecat dan digantikan dengan imam yang mempunyai keahlian PAS, ini kerana hanya imam PAS sahaja yang diterima malaikat amalannya.

Waktu UMNO memerintah mereka mengatakan UMNO menentang hukum ALLAH. Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk menentang hukum ALLAH. Pemimpin kerajaan tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan di wujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha kearah itu. Tetapi PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto. PAS terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menyukai undang-undang Hudud walaupun mereka cuba mengatakan kesepakatan dengan rakan kongsi pakatan. Malah bersetuju mempersendakan Al-Quran apabila merelakan Gobalakrishnan dan semua ahli bukan Islam PKR menggunakan ayat Allah iaitu Al-Quran.

Sewaktu UMNO, mereka kata dan menyalak sana sini yang UMNO halalkan Disco, Kilang arak dan apabila mereka memerintah dan berkuasa, mereka sendiri yang menyatakan tidak boleh haramkan Disco dan menutup kilang arak. PAS juga tidak mengekang gejala murtad yang dilemparkan kepada UMNO sedangkan merekalah yang membawa fahaman songsang. Demi menutup fahaman mereka, mereka alihkan kepada kerajaan dan UMNO.

Mereka berselongkol dengan pemimpin PKR dan DAP seperti Irene Fernandez berjuang kearah mencetak Bible ke dalam bahasa Melayu agar orang Islam di murtadkan. Peguam-peguam yang mewakili anakguam terdiri daripada mereka yang berkepentingan dalam DAP dan PKR yang merupakan pakatan dan rakan politik PAS. Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita? Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.

DAP Berjanji Akan Hapus Hak Melayu


Pada 25 November 1999, Lim Guan Eng (ketika menjawat jawatan Timbalan Setiauasaha Agung DAP) berjanji akan menghapuskan hak orang Melayu. "Kami masih berpegang dengan pendirian, menolak kerajaan Islam kerana gagasan Malaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana kaum, sebaliknya semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil" ujar Guan Eng. Maka tidak menghairankan, mengapa Guan Eng menghapuskan Dasar Ekonomi Baru bila menang sahaja di Pulau Pinang pada 13 Mac 2008.


Nik Aziz telah menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia boleh dari DAP. Apa akan jadi kalau Guan Eng atau Kit Siang menjadi Perdana Menteri? "Tidak mustahil jika rakyat Malaysia menerima Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang sebagai bakal calon Perdana Menteri berdasarkan kriteria bahawa beliau adalah seorang rakyat Malaysia" ujar Dr Chen Man Hin (Bekas Pengerusi DAP) dalam Utusan Malaysia, 4 Jun 1999. Nampaknya pakatan pembangkang memang sudah merancang untuk mengilirkan jawatan Perdana Menteri pada ketika itu. PAS dan Keadilan sanggup beri kuasa pada DAP semata-mata untuk jatuhkan kuasa orang Melayu.

Jika satu kerusi parlimen lagi diberikan kepada PAS, lambat laun DAP akan menuntut apa yang dijanjikannya. Nik Aziz pun sudah bersetuju dengan mereka. Terjaminkah hak orang Melayu kalau PAS gagal bertegas dengan DAP tentang hak orang Melayu? Untuk apa lagi pilih PAS, jika PAS gagal untuk martabatkan kekuatan orang Melayu dalam Parlimen. Berilah kekuatan itu pada UMNO untuk terus bersama dengan kepimpinan baru di bawah Dato' Seri Najib Tun Razak. Cukuplah sekali tersilap undi PAS di Bukit Gantang. Kali ini undi itu adalah untuk menghukum penderhaka dan pengadai tanah orang Melayu.


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Shabery: Sebar SMS Najib tak jadi PM kerja 'orang gila'

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, majlis angkat sumpah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang baru akan berlangsung sebagaimana telah dijadualkan pagi esok.

Upacara angkat sumpah itu akan disiarkan secara langsung menerusi RTM pukul 10 pagi esok, kata beliau.

Justeru beliau meminta orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan menerusi SMS sejak tengah hari tadi bahawa majlis itu telah dibatalkan dan Najib tidak menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menyifatkan penyebaran khabar angin bahawa Najib tidak akan mengangkat sumpah sebagai "perbuatan orang yang tidak siuman."

Ketika ditemui selepas majlis ceramah kempen pilihan raya di Kg. Cheh Hulu, Bukit Gantang dekat sini, beliau berkata, mereka yang menyebarkan khabar angin sedemikian sebagai golongan yang berada dalam ilusi sepanjang masa.

Majlis pagi esok, kata beliau, akan membuktikan bahawa "detik sejarah 3 April (angkat sumpah) akan menjadi kenyataan" dan realiti sekali lagi akan membuktikan keadaan sebenar dan menafikan khabar angin.

Justeru kata beliau, golongan berkenaan juga tidak dapat menerima pelantikan seorang Perdana Menteri menerusi proses normal yang demoktratik.

Khabar angin hari ini disebarkan sebaik sahaja Abdullah dan Najib menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi tadi.


-Mstar-